Wednesday, August 1, 2012

Hayati Makna Bacaan Dalam Solat

Assalamualaikum wbt.. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan2. . Di bulan yang penuh barakah ini, suka saya ingin berkongsi Makna Bacaan dalam Solat dengan semua.. Mungkin ramai antara kita yang bersolat dari kecil sampai ke sekarang tetapi masih lagi tidak memahami sepenuhnya bacaan dalam solat kita seharian. Betulkan?



Di bulan baik ni, mari kita sama2 tingkat usaha untuk menghayati/memahami setiap makna indah dalam solat kita semoga solat kita khusyuk,sempurna dan penuh tawaduk serta diberi rahmat, hidayah daripada Allah S.W.T.. InsyaAllah.. 

Mari kita share dengan kawan2 yang lain. 

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

1) Takbiratul-Ihram / Takbir 
Allah Maha Besar. 

2) Doa Iftitah 
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 

3) Al-Fatihah 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.  

4) Bacaan ketika rukuk 
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. 

5) Bacaan ketika bangun dari rukuk 
Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian. 

6) Bacaan ketika sujud 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. 

7) Bacaan ketika duduk di antara dua sujud 
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. 

8) Bacaan ketika Tahiyat Awal 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 

9) Bacaan ketika Tahiyat Akhir 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. 

10) Doa Qunut 
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Tuesday, February 7, 2012

Pekerja KFC bergaduh dengan customer

Assalamualaikum wbt..

Berkongsi video yang saya dapat dari rakan saya Nizam Ahmad, video yang sumbernya dari Youtube berkenaan pekerja KFC menyerang customer yang dikatakan hampir sejam menunggu order, at last, bila sampai turn dia, ayam KFC dah habis..

Pengajaran, customer ke, pekerja ke, perlu SABARRRR.. Sabar kan separuh daripada Iman.. Customer kena paham pekerja KFC, pekerja KFC pun kena paham customer.. Lagi2 bila berurusan dgn budak2 muda.. darah muda.. Layan layan...

Wednesday, February 1, 2012

Customer bertuah sempena CNY - dapat offer P1 Wimax Wiggy

Assalamualaikum wbt..

Smlm dapat call dari P1 Wimax 4G, saya antara yang terpilih sebagai customer bertuah mendapat offer FREE Dongle P1 Wiggy 5.0 MBPS. Dan dalam masa sehari, saya telah menerima Wiggy tersebut melalui courier yang dihantar terus ke pejabat saya di UTM.

Pakej asal P1 Wiggy Plan

Kalau register kosong dgn P1,kena bayar RM100 register,activation fee n RM89 monthly (modem rental). Tp pihak P1 bagi saya RM89.00 RM30.00 sahaja bayar sampai bila2.. hari pertama guna sgt memuaskan hati n SANGAT laju..Bedesup perginya..Di bawah hasil speedtest yang dibuat pada hari pertama..

Kelajuan maksimum diperoleh setakat ini

Disebabkan tiada kontrak antara saya dan P1, saya boleh terminate P1 Wiggy tersebut bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang caj. Malah sekiranya saya memulang kembali Wiggy berkenaan, saya akan mendapat rebate/diskaun sebanyak RM50.00. Strategi yang sangat bagus dari P1 terhdap customernya.

Friday, January 20, 2012

Dua bayi mati tersedak susu di Pusat Asuhan

Assalamualaikum wbt.

Semalam saya mendapat satu berita daripada page group sekolah lama saya mengatakan anak kawan sekolah saya (Rohana Ahmad) aka Nana meninggal dunia pada 19 Januari 2011 semalam petang. Sehingga pagi ini saya masih tertanya mengapa bayi comel Nana meninggal. 

Klik untuk besarkan gambar

Sampailah di pejabat pada pagi ini, saya terbaca di muka hadapan Berita Harian menenai dua (2) bayi meninggal dunia akibat tersedak susu, dan itulah anak kawan saya. Al-Fatihah.. Takziah kepada Rohana Ahmad dan keluarga atas pemergian bayi comel mereka. Allah lebih menyayangi anak anda dan sesungguhnya ianya ujian buat Nana sekeluarga dan pasti ada hikmah disebaliknya. 

Kepada pihak berkuasa, ambillah tindakan sewajarnya dan sekeras2nya terhadap Pusat Asuhan yang mengabaikan tanggungjawab mereka dan mengambil remeh terhadap penjagaan bayi ini. Kita tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi di masa hadapan. Terlalu banyak kes2 sebegini berlaku di negara kita, tetapi seperti tidak ada jalan penyelesaian. wahai Pusat Asuhan, jgn kerana dek ingin mengejar keuntungan, anda bersikap acuh tak acuh dalam menjaga dan menguruskan bayi. Kalau boleh, 1 pekerja untuk 3 orang bayi. Bukannya 1 pekerja menjaga 10 orang sekaligus.. 

Di bawah petikan yang diambil dari Berita harian pada hari ini mengenai bayi rakan lama sekolah saya. Takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga mangsa. Al Fatihah.

DUA BAYI MATI TERSEDAK SUSU DI PUSAT ASUHAN
2012/01/20


KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam.

Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga.

“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama.

“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya.
Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini.

Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu.

“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian.

Thursday, January 19, 2012

Milik siapakah kepala ini

Assalamualaikum wbt..

Milik siapakah hati  kepala ini.. Actually saja nak kongsi gambar yang membuatkan anda meneliti dengan sepenuhati kepala2 couple tersebut.. layan..


Best2.. pandai betul photographer buat trick gambar nih...Dah2.. Waktu lunch pun dah habis.. masa unutk bekerja. Babai..

Monday, January 16, 2012

Pelajar USM nak bom Helikopter PM

Assalamualaikum wbt..
Akal pendek... Kesian... Dua perkataan yang boleh diberikan pada mahasiswa USM kerana gurauannya mengugut untuk meletupkan Helikopter yang dinaiki oleh PM dalam lawatannya ke USM yang dijadualkan pada minggu hadapan.. Belajar tinggi, tapi tahap pemikiran jauh lebih cetek dari air sungai yg cetek.. Pihak polis dan pihak USM perlu membuat siasatan terperinci terhadap kes ini, jangan biarkan mereka2 yang terlibat sewenang2nya mengungkapkan perkataan2 sebegini di laman sosial dan umum..
Apa lah yang dibenci sangat pada PM kita. Bersyukurlah dengan nikmat yang dikecapi oleh kita pada hari ini. Kebelakangan ini, nampaknya mcm terdapat segelintir mahasiswa skrg ni memberontak, terpesong jauh dari matlamat sebagai seorang pelajar. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.. Belajar dulu2 dik.. Di bawah ini merupakan wallpost yg didakwa mahasiswa tersebut ingin bom heli PM.. 
GEORGETOWN – Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakanya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook. Difahamkan, penuntut berusia 23 tahun itu mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.
Antaranya penuntut itu menulis, “Najib datang ke kampus… mari bom helikopter beliau.” Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pelajar itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas kenyataanya itu dikesan seorang blogger yang menyatakan perkataan-perkataan yang mengandungi unsur-unsur jenayah. “Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan isi kandungan blog itu di Balai Jelutong,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurutnya, bagi membantu siasatan lanjut, pelajar berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang kira-kira jam 1.30 tengah hari. “Siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dengan isi kandungan blog berkenaan. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan beliau akan mengadakan sidang media berkenaan mengenai perkara ini esok.
pelajar usm ugut bom perdana menteri
sumber : sinar harian

Thursday, January 12, 2012

SBPA 2012 Ditangguhkan

Assalamualaikum wbt..

Harini (12.01.2012) sangat sibuk sampaikan tak tahu apa yang terjadi di dunia luar UTM. Kedengaran suara sinis di pejabat yang mengatakan SBPA ditangguhkan. Kemungkinan akan dilaksanakan selepas PRU ke 13 nnt.. Wallahua'alam.. Saya rasa, memang wajar SBPA ini ditangguhkan dan perlu dikaji secara menyeluruh agar impaknya diterima sama rata samada kakitangan sokongan mahupun P&P.

Yelah mana taknya, golongan gred 54 ke bawah kebanyakannya mendapat kenaikan tak setimpal dan ada yang mendapat kenaikan kurang daripada 7% seperti yang dijanjikan . Saya sendiri pun sedikit sebanyak tidak berpuas hati dan rasa sangat pelik kerana gaji SBPA baru yang diterima sama seperti gaji Junior yang baru mula bekerja pada tahun 2011! Cuma ianya dibezakan mengikut pergerakan gaji tahunan sahaja. Walau apapun, saya telahpun menandatangani opsyen SBPA ini pada hujung tahun 2011 dan memilih pencen 58 tahun sepertimana SSM.

Dan apa yang menjadi ketidakpuasan hati lebih 80% penjawat awam adalah kenaikan yang MEWAH dan MUAI yang diterima oleh golongan JUSA dan ke atas, di mana kenaikan minimum seperti yang diketahui adalah RM5,000.00 (agak melampau jugakla)!! Dan yang paling menjadi ketidakpuasan hati,kenaikan JUSA dan ke atas ini dirahsiakan (SULIT) oleh JPA daripada pengetahuan Penjawat Awam lain kerana jurang kenaikan yang sangat ketara dan melampau.

Apapun terima kasih kepada pihak CUEPACS kerana banyak memperjuang kebajikan penjawat awam khususnya golongan bawahan.

Diharap selepas penangguhan SBPA ini, kementerian terlibat, JPA dan CUEPACS dapat bersama-sama berunding, duduk satu meja bagi mencari solusi dan cara terbaik pelaksanaan skim ini agar ianya memberi kelebihan SAMA RATA tak kira pangkat besar atau tinggi. Bagi penjawat awam jangan risau, selama mana penangguhan SBPA ini, insyaAllah anda akan mendapat tunggakan gaji anda bermula Januari 2012 ok..

Baiklah, di bawah saya berkongsi sedikit maklumat mengenai penangguhan SBPA daripada beritasemasa. Terima kasih. Sejauh mana kebenaran penangguhan ini, kita nantikan kenyataan rasmi daripada JPA di berita tv ataupun di dada akhbar.

Antara alasan Penangguhan SBPA (sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) adalah :

Ramai kalangan kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan skim SBPA ini

Tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja).

Peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi di mana terdapat dakwaan kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

1.4 juta kakitangan tidak menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Terdapat dakwaan ada kakitangan awam yang dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

Ini pula kenyatan CUEPACS mengenai penangguhan SBPA ini :

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengesahkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan melalui Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda sebentar tadi.

Pagi tadi, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara mengenai isu itu.

Setakat ini, belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan).

SBPA bukan dibatal, tetapi ditangguh bagi membolehkan kajian mendalam dijalankan.

Apabila selesai nanti, ia boleh dilaksanakan dengan dibayar tunggakan kepada kakitangan awam yang mana merujuk kepada tarikh pelaksanaan SBPA yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari 2012

    Tuesday, January 10, 2012

    Uniknya Roundabout di UK

    Assalamualaikum wbt..

    Pernah tengok roundabout? Banyak bukan di Malaysia?Kalau anda pernah ke UTM Skudai, pasti anda akan terjumpa roundabout berhampiran dengan pintu gerbang UTM. Dan kalau anda ke Shah Alam, Selangor, lagilah...sampai naik pelik sbb roundabout pun ada traffic light (baik takyah ada roundabout) Sigh... ;-)

    Dalam banyak2 kita lihat roundabout2 di serata Malaysia, pasti ramai yang tak pernah dengar dan lihat MAGIC ROUNDABOUT bukan?? Ini kerana ianya hanya terdapat dua (2) sahaja di dunia iaitu di UK.

    Apa itu Magic Roundabout (MR).. Lihat di bawah.Unik bukan?





    Magic Roundabout ini terletak di Swindon Town (tengah2 England berhampiran Birmingham) di mana roundabout ini mempunyai 6 Mini Roundabout di tgh2nya. Kiranya 6 in 1 Roundabout lah. Mula dibina pada Tahun 1972, dan dikhabarkan pada permulaan operasi MR, pihak berkuasa tempatan terpaksa meletakkan polis disetiap mini roundabout kerana ramai pemandu tersalah arah dan tersalah simpang.Pening2..Biasalah benda baru.

    Dan apa yang pasti, setelah beberapa bulan/tahun kewujudan MR ini sedikit sebanyak membantu kelancaran trafik di Swindon Town dan penduduk setempat mula mahir melalui roundabout ini.Magic Roundabout juga menjadikan bandar ini menjadi terkenal di seluruh UK dan negara Eropah. Mmg bijak JKR Swindon Town nih..

    Agak2, kalau roundabout ini dibuat di Malaysia apa akan jadi ya??Mmg polis trafik dan ambulan bejaga2 tiap masala jawabnya...Kenapa? Lu pk lah sendiri..

    Thursday, January 5, 2012

    Bayi terapung dalam air

    Assalamualaikum wbt..

    Subhanallah.. Kali ini saya berkongsi video di dalam simpanan saya (hampir 5 tahun) mengenai kebolehan luar biasa yang berlaku di negara barat. Seorang bayi yang saya rasa berusia bawah 8 bulan (sebab sama besar mcm Esmi Haziq) berupaya mengimbangi dan mengapungkan diri di dalam air. Walaupun diterbalikkan, walaupun dicampak, bayi ini tetap mampu mengapungkan diri. Besarnya kuasa Allah SWT...

    Anda bagaimana?? agak2 kalau kena campak dalam kolam renang yg dalam,agak2 boleh terapung seperti bayi ni tak?? Kalau saya, rasanya kembung perut dibuatnya tertelan bergelen2 air.. Enjoy your watching.. :-)


    Tiba2 rasa nak masuk kelas renang.. Sekian..

    Tuesday, January 3, 2012

    Pak Arab angkat kereta

    Assalamualaikum wbt...

    Kali ini saya kongsikan video Pak Arab yang sangat kreatif dalam menghadapi keadaan yang sukar. Video ini pernah saya upload di Facebook, dan saya kongsikan sekali lagi di blog ini..

    Pada petang itu, boss saya terlambat untuk menghadiri satu mesyuarat penting.Alangkah bengangnya di hati apabila sampai di tempat parking, didapati sebuah kereta Iswara Aeroback telah mengambil parkingnya.. Apa lagi, untuk mengajar org2 yg kurang ajar yg sesuka hati parking di tempat parking org lain, boss saya mengambil keputusan untuk block Iswara tersebut. Dan ini terjadi selepas stgh jam boss saya block parking tersebut..3 orang pak Arab menghampiri kereta tersebut..

    Apa mereka buat?Saksikan..hehehe



    Hahaha..Bijak bukan??