Tuesday, December 27, 2011

Diapers terbaik untuk bayi

Assalamualaikum wbt.. 

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai penggunaan diapers untuk bayi bagi siang dan malam. Untuk saya, saya menggunakan 2-3 brand yang berlainan bagi penggunaan si kecil cerdik Esmi Haziq. Brand yang saya gunakan sejak usia Haziq SEBULAN adalah Drypers, Huggies dan Mamy Poko manakala Baby Love baru saya gunakan sejak 2 minggu yang lalu.

Dari kiri : Baby Love Extra Night Guard, Huggies Dry Comfort, Mamy Poko
Gambar atas : Mamy Poko (4 corak dalam 1 pek)
Gambar bawah dari kiri : Huggies, Baby Love

1) HUGGIES DRY COMFORT & DRYPERS
- Bayi saya gunakan di waktu siang. 
- Leak Lock, Lembut
- 100% Breathable Cover
- Kering tahan sehingga 10 jam. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada kuantiti air kencing bayi anda. Saranan saya bagi bayi yang berusia 3 bulan dan ke atas, eloklah ditukar selepas 5-6 jam.
- Baik untuk kulit bayi anda. Sejak menggunakan Huggies, kulit bayi saya tidak langsung menunjukkan kemerahan dan jauh sekali dari mendapat ruam.
- Tape boleh laras.
- Design yang simple.
- Saya menggunakan saiz Jumbo M66.Sesuai untuk berat bayi sekitar 5-10kg.
- Harga sebenar sekitar RM55. Harga promosi (sekiranya ada) di pasaraya besar boleh dapat sekitar RM28.90 - RM31.90.

2) MAMY POKO
- Penggunaan pada waktu malam (jam 11 malam sehingga ke pagi). Memang betul iklan di tv, bayi anda boleh tidur lena dengan senyuman. Sesuai juga digunakan sekiranya anda travel di hujung minggu.
- Extra Speed Dry. Daya penyerapan yang tinggi. InsyaAllah ianya menjamin kulit bayi anda sentiasa kering dan selesa.
- Natural Cotton - Like Breathable Cover & Waistband. Anti rashes.
- Daya sirkulasi udara yang menyeluruh
- Mempunyai lapisan cepat kering.
- Lembut dan tape boleh laras serta digunakan banyak kali.
- Mempunyai empat (4) corak tape (kartun POOH) yang pelbagai, cantik dan menarik.Ini antara trademark yang ditonjolkan oleh Mamy Poko.
- Saya menggunakan saiz Jumbo M66 berat bayi 6-11kg.
- Harga sebenar RM56.90. Promosi di pasaraya besar RM40.90 sehingga RM46.90. Harga agak mahal tetapi sebenarnya boleh dikira jimat kerana anda tidak perlu kerap menukar diaper bayi anda.

3) BABY LOVE EXTRA NIGHT GUARD
Saya tak boleh nak review secara menyeluruh mengenai brand ini kerana saya baru menggunakannya 2 minggu selepas saya mencuba trial pack yang diberi oleh promoter.Apa yang boleh saya katakan :
- Sangat Lembut.
- Tape boleh laras.
- Design cantik.
- Kekeringan? Penggunaan nya sepanjang malam menyebabkan anak saya mengalami sedikit kemerahan. Mungkin disebabkan kadar penyerapan kurang sedikit berbanding Mamypoko.
- Rasanya ia tidak dapat menampung beban air kencing bayi bagi tempoh masa yang lama.
- Saya menggunakan saiz Jumbo M66 berat bayi 6-12kg.
- Harga sebenar RM46-RM50. Harga promo RM38-RM40.

Lapisan Baby Love, Huggies dan Mamy Poko
Untuk makluman semua, sekiranya anak anda mengalami ruam di celah peha, saya cadangkan anda menggunakan krim anti ruam jenama Drapolene Cream (harga sekitar RM10-RM13). Krim ini berhasil menyembuhkan ruam bayi saya berbanding brand Johnson & Johnson.
Krim Drapolene, boleh didapati di Kedai Ubat Cina dan pasaraya yang terpilih

Bagi yang akan menimang cahayamata, yang baru menimang cahayamata bolehlah gunakan review yang diberikan ini sebagai pilihan untuk anda. Buatlah pilihan yang terbaik.. Sekian dan selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment