Wednesday, December 14, 2011

Pengalaman menggunakan : Celcom Broadband, Streamyx BB Deal & P1 4G

Assalamualaikum wbt..

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan ketiga2 servis di atas. Saya menggunakan :

1) Celcom Broadband Up to 7.2 mbps : Ogos 2009 sehingga Mac 2010
2) Streamyx BB Deal 1.0 mbps : April 2010 sehingga Julai 2011
3) P1 4G 2.0 mbps : Oktober 2011 sehingga sekarang

1. CELCOM BROADBAND



A) Yang Best

- Boleh dan senang dibawa ke mana-mana
- Kelajuan boleh dikatakan tinggi tetapi taklah sampai 7.2 mbps. Up to 1.0 mbps jer. kira ok. 

B) Yang Tak Best

- Bayaran permulaan RM100.00. Bulanan RM98. Ada yg murah, tp line dia korang paham2 sendiri lah.
- Tidak stabil. Selalu bengang sebab tgh syok layan Youtube & chatting, tiba-tiba Disconnect.
- Quota masa itu 3GB sahaja. Kalau exceed limit?Melampau2 slow dia.
- Line selalu problem dan slow sgt. Kerap berlaku di waktu puncak. Bengang beb bayar mahal tp line macam kura-kura. Terus saya TERMINATE. Babai celcom!


2. STREAMYX BLOCKBUSTER DEAL : Package 1.0 MBPS


A) Yang Best
- Sangat stabil, sangat puas hati.
- Average Download Speed 700 kbps - 800 kbps. Tak cecahpun 1.0 mbps. Tapi still ok dan laju.
- Quota unlimited. Boleh download movie banyak2. Average satu hari dalam 2 movie boleh siap download.
- Free Cordless Phone Panasonic.

- Call ke mana-mana talian tetap TM Seluruh Malaysia PERCUMA.
- Call ke mana-mana nombor Telco hanya 10 sen SAHAJA.

B) Yang Tak Best

- Register FREE..TETAPI 2nd Bill berdentum.. RM300.00 lebih!!Benar-benar rasa tertipu dengan TM.
- Habis duit gaji saya. Rasa taknak bayar, nak terminate terus tapi KONTRAK 12 bulan. Nak taknak bayar je. 2nd Bill tu TM caj Registration Fee RM100, 1st n 2nd month penggunaan internet RM220 lebih. Bila time promo cakap free tak bayar apa2, rupanya semua dia kumpul dalam 2nd Bill!
- Bulanan RM111. Plus tax dalam RM115.00.
- Time hujan kadang2 slow.
- Customer Service klo diberi rating 5.5/10 la. Mungkin kena lebih brush up lagi staf TM ni.

Kenapa saya SAYANG terminate Streamyx?Sbb bila saya pindah rumah baru, TM cakap line takde.Dia janji akan inform semula sebab dia akan masuk line secepat mungkin, selepas 2 bulan tiada langsung follow up dari TM. 

At last saya serbu terus ke TMPoint berdekatan, baru mereka inform, TM tak akan masuk line SELAGI tiada Demand daripada penduduk baru Fasa 2. WTH TM!! 

Jawapan anda sangat menggembirakan mengecewakan saya setelah 2-3 bulan saya menunggu dengan setia..Babai Streamyx!

3. P1 4G (P1 W1MAX) : PLAN HOME/OFFICE 99



A) Yang Best (Setakat hampir 3 bulan guna P1)

- Register secara online sahaja. Anda akan dapat rebate RM100.00. Akaun cut off setiap 14hb. Bulan2 bil RM99. Tetapi Untuk 1st bill, selepas tolak rebate saya hanya perlu membayar RM17.40 sahaja (pro rated).
2nd dan 3rd Bill RM79 dan bil seterusnya RM99. Tiada agenda tersembunyi seperti TM.
- Customer Service P1 sangat mantap dan senang berhubung. Kalau ada apa2 masalah, pertanyaan, boleh direct dengan CS via chatting di website P1, FB, Twitter, call dan SMS. Pernah 1 hari modem P1 tak berkelip, saya inform via chatting, terus dia minta address rumah untuk technician datang.
- Sangat LAJU!! Bedesup perginya. Download 4 movie dalam masa 2 jam sahaja.
- Stabil. Tiada gangguan langsung semasa hujan.
- Average download speed 1.9 mbps - 2.5 mbps! Dapat lebih dari yang kita subscribe.
- Plug & play. Boleh dibawa ke mana2.

B) Yang Tak Best

- Kontrak 12 bulan.
- Quota ada limit 15 GB. Untuk orang yang GILA download movie dan anime rasanya 15 GB ni tak cukup. Walaubagaimanapun, jgn risau anda boleh topup RM10 untuk 2GB. Just inform P1 sahaja.
- Perlu letak modem di tempat strategik. Sebagai contoh di tepi tingkap atau pintu. Boleh letak di tengah2 rumah, tetapi line tak brapa nak Full.
- Coverage limited. Selalu kat bandar2 jer yang ada. Maklumlah ISP baru. Kalau balik kg atau ke kawasan pekan, tinggal jela modem anda di rumah.

Setakat ini, saya bagi rating untuk P1 9/10. Kiranya sangat memuaskan hati saya. Stabil, laju dan Customer Service terbaik. Harapnya akan terus berikan perkhidmatan yang terbaik buat saya lebih2 lagi saya dah mula berblog ni..

Bagi yang mencari ISP yang memberikan anda servis terbaik, bolehla jadikan pengalaman saya ini sebagai rujukan anda. Buatlah pilihan yang bijak... Wassalam.

No comments:

Post a Comment