Tuesday, December 27, 2011

Diapers terbaik untuk bayi

Assalamualaikum wbt.. 

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai penggunaan diapers untuk bayi bagi siang dan malam. Untuk saya, saya menggunakan 2-3 brand yang berlainan bagi penggunaan si kecil cerdik Esmi Haziq. Brand yang saya gunakan sejak usia Haziq SEBULAN adalah Drypers, Huggies dan Mamy Poko manakala Baby Love baru saya gunakan sejak 2 minggu yang lalu.

Dari kiri : Baby Love Extra Night Guard, Huggies Dry Comfort, Mamy Poko
Gambar atas : Mamy Poko (4 corak dalam 1 pek)
Gambar bawah dari kiri : Huggies, Baby Love

1) HUGGIES DRY COMFORT & DRYPERS
- Bayi saya gunakan di waktu siang. 
- Leak Lock, Lembut
- 100% Breathable Cover
- Kering tahan sehingga 10 jam. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada kuantiti air kencing bayi anda. Saranan saya bagi bayi yang berusia 3 bulan dan ke atas, eloklah ditukar selepas 5-6 jam.
- Baik untuk kulit bayi anda. Sejak menggunakan Huggies, kulit bayi saya tidak langsung menunjukkan kemerahan dan jauh sekali dari mendapat ruam.
- Tape boleh laras.
- Design yang simple.
- Saya menggunakan saiz Jumbo M66.Sesuai untuk berat bayi sekitar 5-10kg.
- Harga sebenar sekitar RM55. Harga promosi (sekiranya ada) di pasaraya besar boleh dapat sekitar RM28.90 - RM31.90.

2) MAMY POKO
- Penggunaan pada waktu malam (jam 11 malam sehingga ke pagi). Memang betul iklan di tv, bayi anda boleh tidur lena dengan senyuman. Sesuai juga digunakan sekiranya anda travel di hujung minggu.
- Extra Speed Dry. Daya penyerapan yang tinggi. InsyaAllah ianya menjamin kulit bayi anda sentiasa kering dan selesa.
- Natural Cotton - Like Breathable Cover & Waistband. Anti rashes.
- Daya sirkulasi udara yang menyeluruh
- Mempunyai lapisan cepat kering.
- Lembut dan tape boleh laras serta digunakan banyak kali.
- Mempunyai empat (4) corak tape (kartun POOH) yang pelbagai, cantik dan menarik.Ini antara trademark yang ditonjolkan oleh Mamy Poko.
- Saya menggunakan saiz Jumbo M66 berat bayi 6-11kg.
- Harga sebenar RM56.90. Promosi di pasaraya besar RM40.90 sehingga RM46.90. Harga agak mahal tetapi sebenarnya boleh dikira jimat kerana anda tidak perlu kerap menukar diaper bayi anda.

3) BABY LOVE EXTRA NIGHT GUARD
Saya tak boleh nak review secara menyeluruh mengenai brand ini kerana saya baru menggunakannya 2 minggu selepas saya mencuba trial pack yang diberi oleh promoter.Apa yang boleh saya katakan :
- Sangat Lembut.
- Tape boleh laras.
- Design cantik.
- Kekeringan? Penggunaan nya sepanjang malam menyebabkan anak saya mengalami sedikit kemerahan. Mungkin disebabkan kadar penyerapan kurang sedikit berbanding Mamypoko.
- Rasanya ia tidak dapat menampung beban air kencing bayi bagi tempoh masa yang lama.
- Saya menggunakan saiz Jumbo M66 berat bayi 6-12kg.
- Harga sebenar RM46-RM50. Harga promo RM38-RM40.

Lapisan Baby Love, Huggies dan Mamy Poko
Untuk makluman semua, sekiranya anak anda mengalami ruam di celah peha, saya cadangkan anda menggunakan krim anti ruam jenama Drapolene Cream (harga sekitar RM10-RM13). Krim ini berhasil menyembuhkan ruam bayi saya berbanding brand Johnson & Johnson.
Krim Drapolene, boleh didapati di Kedai Ubat Cina dan pasaraya yang terpilih

Bagi yang akan menimang cahayamata, yang baru menimang cahayamata bolehlah gunakan review yang diberikan ini sebagai pilihan untuk anda. Buatlah pilihan yang terbaik.. Sekian dan selamat mencuba...

Wednesday, December 14, 2011

Pengalaman menggunakan : Celcom Broadband, Streamyx BB Deal & P1 4G

Assalamualaikum wbt..

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan ketiga2 servis di atas. Saya menggunakan :

1) Celcom Broadband Up to 7.2 mbps : Ogos 2009 sehingga Mac 2010
2) Streamyx BB Deal 1.0 mbps : April 2010 sehingga Julai 2011
3) P1 4G 2.0 mbps : Oktober 2011 sehingga sekarang

1. CELCOM BROADBAND



A) Yang Best

- Boleh dan senang dibawa ke mana-mana
- Kelajuan boleh dikatakan tinggi tetapi taklah sampai 7.2 mbps. Up to 1.0 mbps jer. kira ok. 

B) Yang Tak Best

- Bayaran permulaan RM100.00. Bulanan RM98. Ada yg murah, tp line dia korang paham2 sendiri lah.
- Tidak stabil. Selalu bengang sebab tgh syok layan Youtube & chatting, tiba-tiba Disconnect.
- Quota masa itu 3GB sahaja. Kalau exceed limit?Melampau2 slow dia.
- Line selalu problem dan slow sgt. Kerap berlaku di waktu puncak. Bengang beb bayar mahal tp line macam kura-kura. Terus saya TERMINATE. Babai celcom!


2. STREAMYX BLOCKBUSTER DEAL : Package 1.0 MBPS


A) Yang Best
- Sangat stabil, sangat puas hati.
- Average Download Speed 700 kbps - 800 kbps. Tak cecahpun 1.0 mbps. Tapi still ok dan laju.
- Quota unlimited. Boleh download movie banyak2. Average satu hari dalam 2 movie boleh siap download.
- Free Cordless Phone Panasonic.

- Call ke mana-mana talian tetap TM Seluruh Malaysia PERCUMA.
- Call ke mana-mana nombor Telco hanya 10 sen SAHAJA.

B) Yang Tak Best

- Register FREE..TETAPI 2nd Bill berdentum.. RM300.00 lebih!!Benar-benar rasa tertipu dengan TM.
- Habis duit gaji saya. Rasa taknak bayar, nak terminate terus tapi KONTRAK 12 bulan. Nak taknak bayar je. 2nd Bill tu TM caj Registration Fee RM100, 1st n 2nd month penggunaan internet RM220 lebih. Bila time promo cakap free tak bayar apa2, rupanya semua dia kumpul dalam 2nd Bill!
- Bulanan RM111. Plus tax dalam RM115.00.
- Time hujan kadang2 slow.
- Customer Service klo diberi rating 5.5/10 la. Mungkin kena lebih brush up lagi staf TM ni.

Kenapa saya SAYANG terminate Streamyx?Sbb bila saya pindah rumah baru, TM cakap line takde.Dia janji akan inform semula sebab dia akan masuk line secepat mungkin, selepas 2 bulan tiada langsung follow up dari TM. 

At last saya serbu terus ke TMPoint berdekatan, baru mereka inform, TM tak akan masuk line SELAGI tiada Demand daripada penduduk baru Fasa 2. WTH TM!! 

Jawapan anda sangat menggembirakan mengecewakan saya setelah 2-3 bulan saya menunggu dengan setia..Babai Streamyx!

3. P1 4G (P1 W1MAX) : PLAN HOME/OFFICE 99



A) Yang Best (Setakat hampir 3 bulan guna P1)

- Register secara online sahaja. Anda akan dapat rebate RM100.00. Akaun cut off setiap 14hb. Bulan2 bil RM99. Tetapi Untuk 1st bill, selepas tolak rebate saya hanya perlu membayar RM17.40 sahaja (pro rated).
2nd dan 3rd Bill RM79 dan bil seterusnya RM99. Tiada agenda tersembunyi seperti TM.
- Customer Service P1 sangat mantap dan senang berhubung. Kalau ada apa2 masalah, pertanyaan, boleh direct dengan CS via chatting di website P1, FB, Twitter, call dan SMS. Pernah 1 hari modem P1 tak berkelip, saya inform via chatting, terus dia minta address rumah untuk technician datang.
- Sangat LAJU!! Bedesup perginya. Download 4 movie dalam masa 2 jam sahaja.
- Stabil. Tiada gangguan langsung semasa hujan.
- Average download speed 1.9 mbps - 2.5 mbps! Dapat lebih dari yang kita subscribe.
- Plug & play. Boleh dibawa ke mana2.

B) Yang Tak Best

- Kontrak 12 bulan.
- Quota ada limit 15 GB. Untuk orang yang GILA download movie dan anime rasanya 15 GB ni tak cukup. Walaubagaimanapun, jgn risau anda boleh topup RM10 untuk 2GB. Just inform P1 sahaja.
- Perlu letak modem di tempat strategik. Sebagai contoh di tepi tingkap atau pintu. Boleh letak di tengah2 rumah, tetapi line tak brapa nak Full.
- Coverage limited. Selalu kat bandar2 jer yang ada. Maklumlah ISP baru. Kalau balik kg atau ke kawasan pekan, tinggal jela modem anda di rumah.

Setakat ini, saya bagi rating untuk P1 9/10. Kiranya sangat memuaskan hati saya. Stabil, laju dan Customer Service terbaik. Harapnya akan terus berikan perkhidmatan yang terbaik buat saya lebih2 lagi saya dah mula berblog ni..

Bagi yang mencari ISP yang memberikan anda servis terbaik, bolehla jadikan pengalaman saya ini sebagai rujukan anda. Buatlah pilihan yang bijak... Wassalam.

Monday, December 12, 2011

Bayi Demam Panas

Saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk kita mengetahui bayi demam panas dan bagaimana kita sebagai ibu bapa menjaganya.

Bayi saya Esmi Haziq semasa nak masuk 7 Bulan kena demam panas. Ini merupakan kali kedua Esmi Haziq kena demam panas. Semasa dia demam, Esmi Haziq tidak seaktif selalu. dia lebih byk senyap. muka dia merah dan apabiladapat saya rasakan dahi/kepala si kecil cerdik Esmi Haziq sangat panas..

Dan yg paling penting utk para bapa, kalau bayi demam panas selalunya dia akan menjadi SANGAT MANJA dgn ibunya, dan setiap masa setiap saat asek MENEMMPEL dgn ibu dia. Para bapa jgn berkecil hati pula dgn bayi anda...

Jadi, apa perkara pertama yg perlu anda buat apabila anak anda mengalami demam panas yg mana suhunya mencecah 39'C!! ??? (sebelum ke klinik).

1) Jelur air - Pakaikan bayi anda dgn pakaian nipis. Jelur air blkg badan dan kepala bayi, ini bagi memastikan suhu badan bayi turun.
2) Cool Fever - Beli cool fever bagi membantu menghilangkan suhu panas bayi. Kalau boleh buat stok di umah. tak mahal pun 1 paket Rm5.00 ada 2 sheet.


3) Kalau boleh sentiasa sediakan stok ubat demam - bagi mengikut dos yg disyorkan.
4) Rujuk Doktor - Selalunya kalau bayi demam panas berlarutan lebih sehari, doktor ambil keputusan untuk memasukkan ubat Bullet ke dalam punggung bayi. kalau tak silap dos dia 1.5 mg. Bullet ini membantu suhu turun dlm masa yang singkat.
5) Ulang perkara yg sama sekiranya bayi masih demam. sekiranya demam melebihi 5 hari, maka HARUSlah bawa anak anda ke hospital utk rawatan lanjut. mungkin darah bayi anda dijangkiti kuman dsbgnya.

Refer kpd bayi saya si kecil cerdik Esmi Haziq, demam panasnya berlarutan sehingga 2 hari. alhamdulillah hari ke 3, demam dah mula kebah dan Esmi Haziq mula aktif & bermain. Tetapi yg menjadi kerisauan RUAM2 merah timbul dari atas pinggang hingga ke kepala.

Merujuk kpd Doktor, demam ini dikenali sebagai Viral Fever, ruam2 yg keluar akan mneyebabkan bayi merasa gatal (merenyam).. disebabkan itu semasa Haziq naik ruam, dia punya melalak bukan main, yela dia mana reti bgtau dan menggaru.. Jadi Doktor beri ubat sapu (warna putih cam kapur) dan ubat tahan gatal. Pendek kata, org kita panggil Viral Fever ni Demam Campak.

Nasihat saya, kalau timbulnya ruam slps demam panas, cepat2lah berjumpa Doktor. Kesian pada anak kita..So rasanya sedikit sbyk saya dah berkongsi info bagaimana menghadapi bayi yg demam panas. Harap ianya berguna kpd semua..

Cahayamata Pertama Kurniaan Allah

Assalamualaikum..
Oh rupanya ada lagi blog aku ni..
Untuk post kalini aku nak cerita pengalaman mendapat anak pertama.
Tanggal 20 April 2011 yg lalu, masa tu wife dah sarat 39 minggu 6 hari pregnant, pas lunch dia bgtau yg baby dalam perut TAK AKTIF dan TAK MENENDANG.
Wahh kaget aku.. maklumlah anak pertama..
Terus aku bawak ke Poliklinik Penawar Tmn Sri Putri (Dr.Mariana) nak tau camne keadaan baby dalam perut..
Dr.Mariana tak berani nak buat apa2 pasal dah nak due date da.. So dia terus buat surat refer ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Tebrau.

Sblm ke HSI, aku siap bagi tahu wife, kita balik rumah dulu, pas solat Asar baru pergi HSI, siap caj bateri kamera mana tau sampai2 wife kena masuk Labor Room.

Betul tekaan aku... Berikut kronologi wife aku masa di HSI....
1) 7.00 pm : Sampai HSI, terus wife gi Screening, sementara tunggu aku kua gi Cafe cari makan.
2) 7.30 tunggu luar Wad Bersalin, punya TERKEJUT, tgk wife pakai baju Labor Room. Katanya dah bukak 4 cm!! Berderau darah..yela takde tanda keluar darah or air ketuban.
3) 8.30 pm - Wife masuk Labor Room, aku dibenarkan masuk menunggu wife.
4) 12.15 a.m - Dah buka 9 cm n Doc mula bg wife push.
5) 1.03 a.m (21 April 2011 Genap 40 minggu) - Alhamdulillah Allah anugerahkan seorang lagi Khalifah di muka bumi ini sebagai penyeri rumahtangga kami. Bayi diberi nama Esmi Haziq bin Nurul Amrie.



Syukur Alhamdulillah.. Kini Haziq sihat walafiat dan skrg si kecil ni dah berusia 7 bulan...



InsyaAllah post akan datang aku cuba berkongsi tips bagaimana menjalani kehidupan sebagai parents, apa pahit manis proses membesarkan baby. Yg paling penting, aku bersyukur sgt atas pinjaman dan anugerah yg diberikan Allah kpd kami.

InsyaAllah semoga kami dapat membentuk anak kami ini berperibadi dan berakhlak mulia. Moga menjadi insan yang sempurna dan beriman wahai anakku..

Saturday, February 26, 2011

Antara Kia Forte, Honda City dan Persona Elegance..

Salam..

Lately aku mencari-cari 2nd kereta untuk diguna pakai..
Survey punya survey punya survey... Aku shortlist kan tiga (3) kereta iaitu Naza Kia Forte 1.6, Honda City 1.5 n Proton Persona Elegance 1.6..

Ketiga-tiga kereta dari survey yg aku buat, tgk kat blog2 n pergi showroom, masing-masing ada kelebihan n kekurangan sendiri. dari segi rating, aku letakkan Kia Forte Facelift 2011 no.1, no.2 Proton Persona Elegance n last Honda City.

Ok reason mengapa aku memilih Kia Forte. Firstly sebab teknologi yang ada pada kereta ni. Keyless system, 6 speed, sistem audio yg canggih, signal side mirror LED, auto climate control, paddle shift n yg SGT aku teruja adalah reverse camera dengan view dekat mirror. nice.. INNOVATIVE PART yg sangat best!!Harga dia pun sgt Affordable iaitu RM85,800.00. Gambar2 di bawah credit kepada mudah.my n FB myforte club.



Utk 2nd car pulak, aku prefer Persona Elegance.. Reason adalah paling murah iaitu hanya RM59,499 sahaja..Oklah nice car dgn facelift lampu blkg cam exclusive sket, signal at side mirror dan body skit yg agak smart. Dan bulan lepas pergi testdrive, HANDLING PERSONA PE INI SANGAT MANTAP. Respon enjin pun sangat bagus. Cuma kebelakangan ini byk komen negatif pasal persona PE baru nih.. ECU problem, bunyi2an pelik and more. tp so far aku still minat juga dgn design dia.



Dan last sekali no.3 jatuh kpd Honda City. Minat tang design dan kecantikan design dia. tapi dengan harga lebih RM90k dengan enjin 1500 cc shj, membuatkan aku ngidam je la.. macam tak berbaloi pula. Malas nak masukkan gmbar Honda City sbb sume org dah tau kecantikan city nih.. City tau Bukan SITI.. hahaha



Salam blog dari Roseamrie..

Salam Blog..

Alhamdulillah akhirnya setelah bertahun-tahun hidup bertemankan internet, barulah hari ini aku rasa untuk berBlogging sepertimana kawan-kawan aku yang lain..Ni pun mungkin disebabkan tugas aku di UTM yang memaksa aku membangunkan website jabatan aku www.utm.my/csi dan www.utm.my/undergraduate


Aku decide untuk letak roseamrie@blogspot sbb aku rasakan aku dan myrose (isteri) sentiasa bersama di mana2.. so mcm kosong pulak kalau aku letak amrieabdullah@blogspot.com jer..

So far alhamdulillah, sehingga ke hari ini, aku masih hidup bahagia bertemankan isteri dan bakal baby untuk menikmati keindahan kehidupan kurniaan dan anugerah daripada Allah s.wt..

Kepada yang singgah dan tersinggah blog aku ni, silalah follow dan inform pada kwn2 yg lain k..
InsyaAllah akan ku cuba post kan entry yang menarik yg mana aku rasa korang pun akan mengalami benda yang sama.. Hidup ini tak perlu berbirokrasi.. Just common sense.. Senang mudah dan tenang nak melakukan sesuatu..

p/s : Update 12 Dis 2011 : Nama blog ditukar kepada esmihaziq.blogspot.com

Salam..