Monday, December 12, 2011

Bayi Demam Panas

Saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk kita mengetahui bayi demam panas dan bagaimana kita sebagai ibu bapa menjaganya.

Bayi saya Esmi Haziq semasa nak masuk 7 Bulan kena demam panas. Ini merupakan kali kedua Esmi Haziq kena demam panas. Semasa dia demam, Esmi Haziq tidak seaktif selalu. dia lebih byk senyap. muka dia merah dan apabiladapat saya rasakan dahi/kepala si kecil cerdik Esmi Haziq sangat panas..

Dan yg paling penting utk para bapa, kalau bayi demam panas selalunya dia akan menjadi SANGAT MANJA dgn ibunya, dan setiap masa setiap saat asek MENEMMPEL dgn ibu dia. Para bapa jgn berkecil hati pula dgn bayi anda...

Jadi, apa perkara pertama yg perlu anda buat apabila anak anda mengalami demam panas yg mana suhunya mencecah 39'C!! ??? (sebelum ke klinik).

1) Jelur air - Pakaikan bayi anda dgn pakaian nipis. Jelur air blkg badan dan kepala bayi, ini bagi memastikan suhu badan bayi turun.
2) Cool Fever - Beli cool fever bagi membantu menghilangkan suhu panas bayi. Kalau boleh buat stok di umah. tak mahal pun 1 paket Rm5.00 ada 2 sheet.


3) Kalau boleh sentiasa sediakan stok ubat demam - bagi mengikut dos yg disyorkan.
4) Rujuk Doktor - Selalunya kalau bayi demam panas berlarutan lebih sehari, doktor ambil keputusan untuk memasukkan ubat Bullet ke dalam punggung bayi. kalau tak silap dos dia 1.5 mg. Bullet ini membantu suhu turun dlm masa yang singkat.
5) Ulang perkara yg sama sekiranya bayi masih demam. sekiranya demam melebihi 5 hari, maka HARUSlah bawa anak anda ke hospital utk rawatan lanjut. mungkin darah bayi anda dijangkiti kuman dsbgnya.

Refer kpd bayi saya si kecil cerdik Esmi Haziq, demam panasnya berlarutan sehingga 2 hari. alhamdulillah hari ke 3, demam dah mula kebah dan Esmi Haziq mula aktif & bermain. Tetapi yg menjadi kerisauan RUAM2 merah timbul dari atas pinggang hingga ke kepala.

Merujuk kpd Doktor, demam ini dikenali sebagai Viral Fever, ruam2 yg keluar akan mneyebabkan bayi merasa gatal (merenyam).. disebabkan itu semasa Haziq naik ruam, dia punya melalak bukan main, yela dia mana reti bgtau dan menggaru.. Jadi Doktor beri ubat sapu (warna putih cam kapur) dan ubat tahan gatal. Pendek kata, org kita panggil Viral Fever ni Demam Campak.

Nasihat saya, kalau timbulnya ruam slps demam panas, cepat2lah berjumpa Doktor. Kesian pada anak kita..So rasanya sedikit sbyk saya dah berkongsi info bagaimana menghadapi bayi yg demam panas. Harap ianya berguna kpd semua..

No comments:

Post a Comment