Thursday, January 12, 2012

SBPA 2012 Ditangguhkan

Assalamualaikum wbt..

Harini (12.01.2012) sangat sibuk sampaikan tak tahu apa yang terjadi di dunia luar UTM. Kedengaran suara sinis di pejabat yang mengatakan SBPA ditangguhkan. Kemungkinan akan dilaksanakan selepas PRU ke 13 nnt.. Wallahua'alam.. Saya rasa, memang wajar SBPA ini ditangguhkan dan perlu dikaji secara menyeluruh agar impaknya diterima sama rata samada kakitangan sokongan mahupun P&P.

Yelah mana taknya, golongan gred 54 ke bawah kebanyakannya mendapat kenaikan tak setimpal dan ada yang mendapat kenaikan kurang daripada 7% seperti yang dijanjikan . Saya sendiri pun sedikit sebanyak tidak berpuas hati dan rasa sangat pelik kerana gaji SBPA baru yang diterima sama seperti gaji Junior yang baru mula bekerja pada tahun 2011! Cuma ianya dibezakan mengikut pergerakan gaji tahunan sahaja. Walau apapun, saya telahpun menandatangani opsyen SBPA ini pada hujung tahun 2011 dan memilih pencen 58 tahun sepertimana SSM.

Dan apa yang menjadi ketidakpuasan hati lebih 80% penjawat awam adalah kenaikan yang MEWAH dan MUAI yang diterima oleh golongan JUSA dan ke atas, di mana kenaikan minimum seperti yang diketahui adalah RM5,000.00 (agak melampau jugakla)!! Dan yang paling menjadi ketidakpuasan hati,kenaikan JUSA dan ke atas ini dirahsiakan (SULIT) oleh JPA daripada pengetahuan Penjawat Awam lain kerana jurang kenaikan yang sangat ketara dan melampau.

Apapun terima kasih kepada pihak CUEPACS kerana banyak memperjuang kebajikan penjawat awam khususnya golongan bawahan.

Diharap selepas penangguhan SBPA ini, kementerian terlibat, JPA dan CUEPACS dapat bersama-sama berunding, duduk satu meja bagi mencari solusi dan cara terbaik pelaksanaan skim ini agar ianya memberi kelebihan SAMA RATA tak kira pangkat besar atau tinggi. Bagi penjawat awam jangan risau, selama mana penangguhan SBPA ini, insyaAllah anda akan mendapat tunggakan gaji anda bermula Januari 2012 ok..

Baiklah, di bawah saya berkongsi sedikit maklumat mengenai penangguhan SBPA daripada beritasemasa. Terima kasih. Sejauh mana kebenaran penangguhan ini, kita nantikan kenyataan rasmi daripada JPA di berita tv ataupun di dada akhbar.

Antara alasan Penangguhan SBPA (sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) adalah :

Ramai kalangan kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan skim SBPA ini

Tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja).

Peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi di mana terdapat dakwaan kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

1.4 juta kakitangan tidak menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Terdapat dakwaan ada kakitangan awam yang dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

Ini pula kenyatan CUEPACS mengenai penangguhan SBPA ini :

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengesahkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan melalui Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda sebentar tadi.

Pagi tadi, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara mengenai isu itu.

Setakat ini, belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan).

SBPA bukan dibatal, tetapi ditangguh bagi membolehkan kajian mendalam dijalankan.

Apabila selesai nanti, ia boleh dilaksanakan dengan dibayar tunggakan kepada kakitangan awam yang mana merujuk kepada tarikh pelaksanaan SBPA yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari 2012

    No comments:

    Post a Comment