Tuesday, January 10, 2012

Uniknya Roundabout di UK

Assalamualaikum wbt..

Pernah tengok roundabout? Banyak bukan di Malaysia?Kalau anda pernah ke UTM Skudai, pasti anda akan terjumpa roundabout berhampiran dengan pintu gerbang UTM. Dan kalau anda ke Shah Alam, Selangor, lagilah...sampai naik pelik sbb roundabout pun ada traffic light (baik takyah ada roundabout) Sigh... ;-)

Dalam banyak2 kita lihat roundabout2 di serata Malaysia, pasti ramai yang tak pernah dengar dan lihat MAGIC ROUNDABOUT bukan?? Ini kerana ianya hanya terdapat dua (2) sahaja di dunia iaitu di UK.

Apa itu Magic Roundabout (MR).. Lihat di bawah.Unik bukan?





Magic Roundabout ini terletak di Swindon Town (tengah2 England berhampiran Birmingham) di mana roundabout ini mempunyai 6 Mini Roundabout di tgh2nya. Kiranya 6 in 1 Roundabout lah. Mula dibina pada Tahun 1972, dan dikhabarkan pada permulaan operasi MR, pihak berkuasa tempatan terpaksa meletakkan polis disetiap mini roundabout kerana ramai pemandu tersalah arah dan tersalah simpang.Pening2..Biasalah benda baru.

Dan apa yang pasti, setelah beberapa bulan/tahun kewujudan MR ini sedikit sebanyak membantu kelancaran trafik di Swindon Town dan penduduk setempat mula mahir melalui roundabout ini.Magic Roundabout juga menjadikan bandar ini menjadi terkenal di seluruh UK dan negara Eropah. Mmg bijak JKR Swindon Town nih..

Agak2, kalau roundabout ini dibuat di Malaysia apa akan jadi ya??Mmg polis trafik dan ambulan bejaga2 tiap masala jawabnya...Kenapa? Lu pk lah sendiri..

No comments:

Post a Comment