Monday, January 16, 2012

Pelajar USM nak bom Helikopter PM

Assalamualaikum wbt..
Akal pendek... Kesian... Dua perkataan yang boleh diberikan pada mahasiswa USM kerana gurauannya mengugut untuk meletupkan Helikopter yang dinaiki oleh PM dalam lawatannya ke USM yang dijadualkan pada minggu hadapan.. Belajar tinggi, tapi tahap pemikiran jauh lebih cetek dari air sungai yg cetek.. Pihak polis dan pihak USM perlu membuat siasatan terperinci terhadap kes ini, jangan biarkan mereka2 yang terlibat sewenang2nya mengungkapkan perkataan2 sebegini di laman sosial dan umum..
Apa lah yang dibenci sangat pada PM kita. Bersyukurlah dengan nikmat yang dikecapi oleh kita pada hari ini. Kebelakangan ini, nampaknya mcm terdapat segelintir mahasiswa skrg ni memberontak, terpesong jauh dari matlamat sebagai seorang pelajar. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.. Belajar dulu2 dik.. Di bawah ini merupakan wallpost yg didakwa mahasiswa tersebut ingin bom heli PM.. 
GEORGETOWN – Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakanya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook. Difahamkan, penuntut berusia 23 tahun itu mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.
Antaranya penuntut itu menulis, “Najib datang ke kampus… mari bom helikopter beliau.” Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pelajar itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas kenyataanya itu dikesan seorang blogger yang menyatakan perkataan-perkataan yang mengandungi unsur-unsur jenayah. “Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan isi kandungan blog itu di Balai Jelutong,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurutnya, bagi membantu siasatan lanjut, pelajar berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang kira-kira jam 1.30 tengah hari. “Siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dengan isi kandungan blog berkenaan. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan beliau akan mengadakan sidang media berkenaan mengenai perkara ini esok.
pelajar usm ugut bom perdana menteri
sumber : sinar harian

No comments:

Post a Comment